HAFIZ SUIP MENGAKU PERGI BERCUTI DENGAN KEKASIH DI AUSTRALIA DAN AKAN BERNIKAH BILA SAMPAI JODOH.. | Kakema

HAFIZ SUIP MENGAKU PERGI BERCUTI DENGAN KEKASIH DI AUSTRALIA DAN AKAN BERNIKAH BILA SAMPAI JODOH..


Baru-barui ini penyanyi yang telah banyak memenangi gelaran Hafiz Suip dikatakan telah pergi bercuti bersama kekasihnya di Perth Australia. Memetik temuramah yang dikeluarkan oleh Rotikaya semasa sidang media Konsert LIVE Kris Dayanti kelmarin, Hafiz Suip tidak menafikan khabar angin tersebut namun Hafiz Suip turut menyatakan mereka pergi bersama keluarga kekasihnya yang mempunyai perniagaan disana. 


“Sebenarnya saya pergi ke sana bercuti sambil bekerja. Tujuannya adalah mengikuti ayah (kekasih) melawat projek yang diusahakan di sana. Sambil itu juga kami menyambut ulangtahun kelahiran ibunya (Kekasih) di sana sekali. Selama 4 hari berada di sana,” jelas Hafiz Suip. 

Tambah Hafiz Suip lagi, beliau berkata tiada sebarang tarikh atau persiapan yang dilakukan ke arah perkahwinan atau pertunangan. Baginya biarlah kekasihnya itu menamatkan pembelajarannya sekitar tahun 2016 dan bergelar seorang akauntan. Mungkin akan bertunang pada tahun hadapan. 

“Saya tak mahu mengganggu privasinya dia. Biarlah dia habiskan pelajaran dia dahulu dan apabila dia sudah bersedia barulah kita akan ke peringkat yang seterusnya. InshaAllah akan bertunang pada tahun hadapan. Sekiranya jodoh sudah sampai saya sudah bersedia,” ujarnya. 

Sumber: Rotikaya 










0 Response to "HAFIZ SUIP MENGAKU PERGI BERCUTI DENGAN KEKASIH DI AUSTRALIA DAN AKAN BERNIKAH BILA SAMPAI JODOH.."

Post a Comment