CHE TA MENGAKUI TIDAK SANGGUP BERMADU DENGAN WANITA LAIN | Kakema

CHE TA MENGAKUI TIDAK SANGGUP BERMADU DENGAN WANITA LAIN

Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian terhadapnya.

“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-ALLAH,” katanya.

Menurut Che Ta, dia hanya sanggup dimadukan dalam watak rekaan yang dilakonkannya, dipetik dari akhbar Sinar Harian.


0 Response to "CHE TA MENGAKUI TIDAK SANGGUP BERMADU DENGAN WANITA LAIN"

Post a Comment